Perjalanan kita diatas dunia ini bukan sahaja untuk dunia semata-mata, kita juga perlu berusaha untuk mempersiapkan diri kita untuk hari kematian kita kelak. Dilahirkan sebagai manusia diatas muka bumi ini adalah anugerah yang tidak ternilai. Dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh merupakan kesyukuran. Menjadi manusia yang taat kepada pesuruh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya adalah wajib. Mempunyai akal fikiran yang baik merupakan nikmat Allah s.w.t yang seharusnya kira jaga dan janganlah kira rosak nikmat tersebut dengan menggunakannya ke jalan yang tidak baik. Begitu juga, nikmat melihat dan nikmat-nikmat yang lain. Sesungguhnya, pada akhir kematian kita akan disoal tentang segala amalan yang telah kita lakukan. Sekiranya baik maka kita akan berada ditempat sebaik-baiknya begitu juga sebaliknya.
Menggunakan nikmat yang diberi akan membawa kita kepada 2 persimpangan. Yang pertama, sekiranya kita menggunakan kearah kebaikan maka kita akan melalui jalan yang cerah.
Berbanding dengan orang yang menggunakan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan ke jalan yang tidak diredai maka perjalanan hidupnya pasti gelap.
Kehidupan kita diatas dunia ini bukanlah bertujuan untuk bergembira sahaja tetapi kita juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai manusia yang patuh pada suruhan Allah s.w.t. Masalah yang sering melanda kita bukanlah beban tetapi itu adalah satu ujian dimana Allah s.w.t. ingin mengangkat martabat kita disisi-Nya.
"Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki saat ini, kerana masih banyak orang disekeliling kamu yang masih kurang beruntung"
Oleh itu, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Akan ada penyelesai untuk setiap masalah. Hidup terlalu singkat untuk kita mengeluh. Berusaha, berdoa dan tawakal adalah penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. Memintalah kepada sang pencipta, Allah s.w.t. Tahukah kita bahawa pada awal penciptaan kita, Allah s.w.t. bertanya kepada para ROH:
"Apakah kamu mengakui bahawa Diriku ini adalah Tuhanmu?"Maka mereka menjawab:
" Benar, bahkan kami menyaksikan" (Al- A'raaf 7:172)
Sedangkan pada awal kehadiran kita, kita berkata Allah s.w.t. itu Tuhan kita tetapi apa yang terjadi hari ini seolah-olah menunjukkan Allah s.w.t. bukanlah pencipta kita. Masalah yang melanda kita datangnya dari Allah s.w.t, dibalas dengan keluhan dan makian. Ada baiknya sekiranya ujian mahupun masalah yang melanda kita, kita terima dengan seadanya. Selesaikan masalah tersebut, mintalah kepada sang pencipta supaya permudahkan setiap ujian serta masalah yang melanda.
Sebagai manusia dan umat seIslam, kehidupan kita diatas dunia ini adalah ibarat perjalanan menuju kematian. Mati itu pasti, jadi kita perlulah sentiasa beringat tentang kematian. Tiada yang kekal didunia ini. Sebagai pelajar, menuntut ilmu adalah perkara yang Sunat dilakukan. Walaupun kita busy menuntut ilmu, solat jangan pula dilupakan. Perkembangan jasmani dan rohani perlulah seimbang supaya kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Ingatlah tentang pembalasan yang bakal kita hadapi selepas kematian kita kelak. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal. :)
cr: KITAproduction
No comments:
Post a Comment